Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, 15 June 2012

Cahaya ISLAM...

assalam.


RINDU...satu perkataan yang sangat sukar digambarkan. Ibarat yang terukir dalam satu lagu, "insan yang berhati nurani,punyai rasa RINDU"...

 
Ya Rasulullah...Ya Habiballah...selawat dan salam ke atasmu wahai junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Semoga beribu-ribu selawat selalu tercurah bagi penghias segala yang wujud, Nabi yang bersemayam di Madinah Al-Munawarah...selawat Allah berpanjangan selama bintang bersinar di langit ke atas Ahmad (Nabi Muhammad SAW) semulia-mulia manusia yang menunggang tunggangan. Bisikkanlah ke dalam jiwa,berpandang-pandanglah sepasang kekasih...


Bagaimana yang dikatakan cinta kepada Rasulullah? Pasti sesiapa pun bisa melafazkannya. Ya,aku cinta Rasulullah...namun bagaimana menzahirkannya? Persoalan ini pasti bermain dalam ruang minda. Bagaimanakah tahap kecintaan kita pada baginda? Apakah seperti baginda yang sentiasa merindui umatnya? Allahurabbi...sesungguhnya kita memang seperti orang yang tak sedar di untung. Dalam nafaz terakhir baginda,baginda ada melafazkan "ummati" sebanyak tiga kali. Lihatlah betapa cintanya baginda kepada kita yakni umatnya. Namun,apakah kita sentiasa mengingati baginda? Setiap daripada kita pasti punya jawapan.

 
Dalam khutbah terakhir, baginda telah mewasiatkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah baginda. Jika kita berpegang teguh dengan yang dua ini,maka insyaallah kita takkan terkeluar daripada landasan yang benar. Hidupkan sunnah dalam diri, berselawatlah ke atas baginda dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan yang mendalam. Baginda, adalah pembawa rahmat.. rahmatan lil'alamin yang mengeluarkan kita dari kepompong kekufuran. Itulah Rasulullah. Baginda yang punya budi pekerti yang sangat mulia,tersemat sifat wajib yang empat bagi Rasul dalam diri baginda. Baginda sememangnya manusia yang mulia. Sesungguhnya RINDU pada baginda semakin mencengkam dada.

~Ya Rasulullah~
Qasidah Ya Hanana...
 
YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana…
 Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahsia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengalu-alukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

 

Salah satu wasiat baginda adalah Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kitab yang benar, yang menjadi panduan. Di dalamnya terhimpun segala macam iktibar dan pengajaran buat semua umat manusia.
 
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
 
Sesungguhnya setiap daripada kita yang menyintai Rasulullah, insyaallah kita terpelihara daripada murka Allah SWT...cinta kepada Allah,cinta kepada Rasul-Nya...cinta kepada Rasul-Nya maka cintalah kepada YANG ESA....


Allahumma salli ala Muhammad...


selawat.~


0 comments:

Post a Comment

 

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Indah wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh... "

Hamba ingin menjadi pejuang
Yang menjunjung tinggi kemanusiaan
Menegakkan agama Allah
Kukuh hingga ke akhirat
Wanita juga mampu menyaingi
Yakni bila kau berbakti...
Itulah kekuatan dari Illahi.