Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 14 June 2012

Duhai Hawa...

assalam.




Wanita....
Itulah perhiasan dunia yang sebaik-baiknya. Ibarat yang tertera dalam hadis,sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah. Wanita,merupakan pelengkap kepada lelaki yang juga ibu kepada sebuah keluarga. Solehahnya seorang wanita itu bukan hanya terletak pada eloknya penutupan aurat sahaja akan tetapi juga terletak pada eloknya adab,akhlak dan peribadi wanita itu. Bagaimana pertuturannya, pembawakan dirinya, bagaimana ia menjaga maruah diri,keluarga dan agamanya serta perilakunya di hadapan umum.semua itu merupakan cerminan diri.
 
Fitrah manusia yang bernama lelaki sentiasa menginginkan wanita yang baik-baik untuk dijadikan pasangan hidup dan sudah pasti tidak kurang juga yang mengutamakan kecantikan pada paras.Kecantikan itu adalah subjektif,bonus kepada pemiliknya.kecantikan itu jika disertakan dengan kemolekan adab dan akhlak,pasti semuanya lebih sempurna. Namun semua boleh berkata,semua itu bisa dipupuk. Malahan,benar sekali.itu bergantung kepada didikan seorang yang bernama ayah mahupun suami.
 
Bicara tinta ini khusus kepada wanita.kerana wanita itu rapuh...ibarat rama-rama.yang tidak boleh dikasari,seeloknya disentuh dengan lembut,kerana jika dikasari,akan mendatangkan mudarat kepada rama-rama tersebut...wanita juga diibaratkan seperti bunga mawar...jika tidak dijaga dengan elok, akan layu berguguran dan mati...sebaiknya mawar itu adalah mawar yang berpagarkan duri,tak mudah disentuh,mengharum di tamannya dan mekar sentiasa.
 
Wanita,jagalah akan dirimu seperti kamu menatang minyak yang penuh. Bila kamu menjaga dirimu,bermakna kamu menjaga maruah,aibmu,keluargamu,agamamu, lisanmu dan akhlakmu. Wanita,senang baginya untuk memasuki syurga Allah dan mudah juga baginya untuk menjadi penghuni neraka Allah. Fitnah juga kebanyakannya datang dari wanita.itu semua berpunca daripada lisan yang terlalu lancang berbicara.tidak hanya pada dunia realiti akan tetapi juda pada dunia maya.apakah ada menyedari akan hal ini? Kekalkanlah sifat malu dalam diri kalian kerana malu itu sebahagian daripada cabang iman.
 
Sebagaimana Rasulullah SAW, sifat malu sangat menebal dalam diri baginda. Malu melakukan kemungkaran, malu kerana merasakan ibadah yang dilakukan sedikit, dan malu dengan kurniaan Allah pada baginda.sungguh hebat Muslim yang bersulamkan sifat malu.malah sungguh indah jika sifat malu ini menghiasi diri seorang muslimah. Apabila sifat malu menghiasai muslimah, maka dia akan takut untuk berbuat sesuatu yang Allah murka,takut berbuat maksiat dan sebagainya. Malulah kepada Allah, kerana Allah tidak pernah tidur menjadi saksi kepada segala-galanya.
 
Beringatlah wahai muslimah,didiklah diri sendiri agar menjadi insan yang benar-benar Allah dan Rasululllah kita mahukan.Memang tidak semua sempurna,dan kita tidak bersifat maksum,namun tidak mustahil bagi kita untuk menjadi seperti itu. laksana serikandi-serikandi Islam di zaman Nabi seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah. Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah, Aasiyah dan ramai lagi. Mereka-mereka ini merupakan teladan yang baik untuk muslimah di luar sana.
 
Usahlah dirimu merasa bangga apabila ramai teruna yang menyukaimu,akan tetapi takutlah akan Allah apabila jika semua itu hanya menghampirkan kamu kepada murka-Nya. Apabila syaitan berputus asa dengan sebesar-besar perkara,tetapi mereka takkan menyerah kepada sekecil-kecil perkara yang biasanya kita terlepas pandang. Sememangnya baik dan buruk itu datangnya daripada Allah,namun Allah juga memberikan kita nikmat akal,senjata yang ampuh untuk kita berfikir. Kerana apa sahaja musibah yang datang menimpa manusia itu adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri...Allahumma salli ala saiyyidina Muhammad wa ala ali Muhammad.


selawat.~


0 comments:

Post a Comment

 

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Indah wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh... "

Hamba ingin menjadi pejuang
Yang menjunjung tinggi kemanusiaan
Menegakkan agama Allah
Kukuh hingga ke akhirat
Wanita juga mampu menyaingi
Yakni bila kau berbakti...
Itulah kekuatan dari Illahi.