Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 18 October 2014

Aku kembali :)

Assalamualaikum CINTA... dan selamat bersua kembali wahai Tinta kerinduan hamba... :)

Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.


Masa berlalu dan berlalu sehingga usia ku semakin menginjak dewasa. Banyak perjalan yang ku tempuh, dan bermacam pengalaman yang dapat ku timba. Dari setiap apa yang aku hadapi, sungguh pelbagai seni dan warna ku pelajari. Terlalu banyak ibrah dalam perjalanan yang telah ku gali. Semua ini ada hikmahnya. Percaturan Allah ta'ala yang tiada cacat celanya. SUBHANALLAH!

Jari ini ligat menari di hadapan tabir maya. Banyak yang ingin aku luahkan dalam Tinta ku ini. Selama 3 tahun berlalu,aku sunyi dari menumpahkan ilham di dalam diari maya ku. Dalam 3 tahun itu juga, aku bertemu dengan segala macam ragam manusia yang juga menjadi cerminan diriku sendiri. Apabila berhadapan dengan pelbagai manusia, pasti ia sedikit demi sedikit dapat mendidik diri menjadi lebih matang dalam menghadapi masyarakat. Bukankah kita ini dihimpunkan oleh ALLAH Ta'ala dengan aqal yang berbeza? Dan dengan itu jugalah ummat Muhammad itu banyak perselisihannya.


Ya Robbibil Mustafa... menyebut sahaja nama baginda yang mulia, pasti bergenang mutiara jernih. Selawat dan salam sentiasa tercurah kepada sebaik baik orang yang berjalan, Ya Rasulullah. Dalam ruangan yang kesekian kalinya ini, ingin ku berkongsi rasa. Rasa Rindu, Cinta, Kasih, Damai dan bermacam rasa. Sebilangan orang bertanya, tatkala disebut nama Muhammad SAW, apa yang kamu rasa? Masya Allah, maka jawapanku... sungguh aku tak dapat melafazkannya, kerana Allah ta'ala Maha Mengetahui apa yang terpasung dalam sanubari ku. Namun begitu, sungguh pun banyak mutiara jernih ku yang jatuh dalam menahan rindu ku padanya, masih belum dapat menjadi bukti akan kasih dan cinta ku. Masih jauh untuk dapat mengejar kasih dan cinta baginda pada ummat seperti aku.


Setiap hari, setiap detik aku bertanya. Aku tidak tahu sama ada persoalan ku terjawab mahupun sebaliknya. "Ya Muhammad... apakah layak bagi aku, untuk kau tampil di hadapanku?" Insan mulia seperti Rasulullah terlalu mulia untuk dipandang oleh ummat hina seperti aku. Hari-hari ku berlalu semestinya tidak sunyi dari kekhilafan dan dosa sehingga diri berasa malu untuk mengangkat muka. Apa lagi untuk meminta Muhammad memandang diri ku yang penuh dengan kesilapan. Acap kali bibir menutur " aku cintakan Nabi Muhammad. Aku rindukan Nabi Muhammad' tetapi, bagaimana perlaksanaan ku sebagai ummat untuk mengakui diriku ini ummat Muhammad? Apakah aku sudah menjunjung sunnah baginda sesungguhnya?


Setiap minggu, aku menghadirkan diri ke madrasah Al Khairat. Gurunya yang sudah tidak asing lagi, Habib Muhammad bin Alawi al Attas. seorang kekasih Allah dan semestinya kekasih Muhammad. Apabila mencintai Muhammad SAW, sudah pasti kita turut mencinta salasilah keturunan baginda,yakni ahlulbaytnya. Hanya dengan itu, aku dapat merungkai rinduku sedikit. Walaupun hanya sedikit. Aku yang sungguh tiada apa, ingin berteduh kasih, menumpang keberkatan yang ada pada waliyullah, pada orang yang sangat dekat dengan Rasulullah. Dengan memandang wajah mudir, hati terasa sangat terpujuk dari segala kegalauan. Alhamdulillah syukur pd Allah SWT kerana melorongkan laluan-laluan keberkatan padaku dalam menyelusuri jalan cinta buat Kekasih Allah...


Tidak cukup dengan itu, aku mengumpul buku yang didalamnya meriwayatkan sirah Sang Kekasih. Lembaran demi lembaran ku tatap untuk menyuburkan kasih dan cinta. Dalam diriku ini terdapat satu ketakutan dan kekhuatiran. Aku takut jika hati ku jadi dingin dan keras sehingga hilang cinta dan rinduku pada baginda. Doa ku panjat semoga Allah menetapkan aku dengan apa yang aku cintai dan menghimpunkan aku bersama orang yang aku cintai di sana nanti. Hamba hina seperti aku tetap punya hasrat untuk bersama-sama baginda di akhirat sana walaupun syurga belum tentu ada buatku. Ya Habiballah... T_T


Semoga usia-usia ku dihabiskan dengan segala sesuatu yang Allah dan Muhammad sukai. Tidaklah lain tujuan diutuskan ke dunia selain menjadi hamba Allah dan ummat Muhammad. Walaupun aku perlu merangkak untuk menempuh jalan tersebut, maka itulah yang akan aku laksanakan. Jangan mimpi untuk masuk Syurga Allah dengan 'percuma'. Kerana banyak harga yang perlu dibayar walaupun bukan dengan wang ringgit. Ramai yang dapat mempertaruhkan sesuatu dengan wang ringgit. Tapi, apakah ada yang lebih bernilai daripada bersama dengan baginda Rasulullah? Allah Hu... :'( Semoga dipermudahkan jalan ini. Ameen ya Kareem...


sehingga berjumpa lagi wahai Tinta... :')


sollu ala saiyyidina Muhammad.~

Friday 15 June 2012

Ayat Kursi menjelang tidur

assalam.

                        Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."                         Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."                         Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w.  menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."                         Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."                         "Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."                         Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.  bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w. 

surah Kursi...




Allahumma salli ala Muhammad.

selawat.~

Wasiat dari ALLAH...

assalam.





                    Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 
                        Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."

sesungguhnya segala apa kebaikan dan keburukan itu datang daripada ALLAH namun yang namanya musibah dan bencana itu sememangnya berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri.kerana itu adanya nikmat aqal...

Allahumma salli ala Muhammad.


selawat.~

Nafsu dan Aqal

assalam.


                     Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
                     

                  Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
                  Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
                 

                   Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
                   Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
                    Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Allahumma salli ala Muhammad...

selawat.~

Kisah bumi dan langit

assalam.



                            Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."                             Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."                         Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"                             Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.


Allahumma salli ala Muhammad...

selawat.

Cahaya ISLAM...

assalam.


RINDU...satu perkataan yang sangat sukar digambarkan. Ibarat yang terukir dalam satu lagu, "insan yang berhati nurani,punyai rasa RINDU"...

 
Ya Rasulullah...Ya Habiballah...selawat dan salam ke atasmu wahai junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Semoga beribu-ribu selawat selalu tercurah bagi penghias segala yang wujud, Nabi yang bersemayam di Madinah Al-Munawarah...selawat Allah berpanjangan selama bintang bersinar di langit ke atas Ahmad (Nabi Muhammad SAW) semulia-mulia manusia yang menunggang tunggangan. Bisikkanlah ke dalam jiwa,berpandang-pandanglah sepasang kekasih...


Bagaimana yang dikatakan cinta kepada Rasulullah? Pasti sesiapa pun bisa melafazkannya. Ya,aku cinta Rasulullah...namun bagaimana menzahirkannya? Persoalan ini pasti bermain dalam ruang minda. Bagaimanakah tahap kecintaan kita pada baginda? Apakah seperti baginda yang sentiasa merindui umatnya? Allahurabbi...sesungguhnya kita memang seperti orang yang tak sedar di untung. Dalam nafaz terakhir baginda,baginda ada melafazkan "ummati" sebanyak tiga kali. Lihatlah betapa cintanya baginda kepada kita yakni umatnya. Namun,apakah kita sentiasa mengingati baginda? Setiap daripada kita pasti punya jawapan.

 
Dalam khutbah terakhir, baginda telah mewasiatkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah baginda. Jika kita berpegang teguh dengan yang dua ini,maka insyaallah kita takkan terkeluar daripada landasan yang benar. Hidupkan sunnah dalam diri, berselawatlah ke atas baginda dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan yang mendalam. Baginda, adalah pembawa rahmat.. rahmatan lil'alamin yang mengeluarkan kita dari kepompong kekufuran. Itulah Rasulullah. Baginda yang punya budi pekerti yang sangat mulia,tersemat sifat wajib yang empat bagi Rasul dalam diri baginda. Baginda sememangnya manusia yang mulia. Sesungguhnya RINDU pada baginda semakin mencengkam dada.

~Ya Rasulullah~
Qasidah Ya Hanana...
 
YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana…
 Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahsia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengalu-alukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

 

Salah satu wasiat baginda adalah Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kitab yang benar, yang menjadi panduan. Di dalamnya terhimpun segala macam iktibar dan pengajaran buat semua umat manusia.
 
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
 
Sesungguhnya setiap daripada kita yang menyintai Rasulullah, insyaallah kita terpelihara daripada murka Allah SWT...cinta kepada Allah,cinta kepada Rasul-Nya...cinta kepada Rasul-Nya maka cintalah kepada YANG ESA....


Allahumma salli ala Muhammad...


selawat.~


Thursday 14 June 2012

Duhai Hawa...

assalam.




Wanita....
Itulah perhiasan dunia yang sebaik-baiknya. Ibarat yang tertera dalam hadis,sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah. Wanita,merupakan pelengkap kepada lelaki yang juga ibu kepada sebuah keluarga. Solehahnya seorang wanita itu bukan hanya terletak pada eloknya penutupan aurat sahaja akan tetapi juga terletak pada eloknya adab,akhlak dan peribadi wanita itu. Bagaimana pertuturannya, pembawakan dirinya, bagaimana ia menjaga maruah diri,keluarga dan agamanya serta perilakunya di hadapan umum.semua itu merupakan cerminan diri.
 
Fitrah manusia yang bernama lelaki sentiasa menginginkan wanita yang baik-baik untuk dijadikan pasangan hidup dan sudah pasti tidak kurang juga yang mengutamakan kecantikan pada paras.Kecantikan itu adalah subjektif,bonus kepada pemiliknya.kecantikan itu jika disertakan dengan kemolekan adab dan akhlak,pasti semuanya lebih sempurna. Namun semua boleh berkata,semua itu bisa dipupuk. Malahan,benar sekali.itu bergantung kepada didikan seorang yang bernama ayah mahupun suami.
 
Bicara tinta ini khusus kepada wanita.kerana wanita itu rapuh...ibarat rama-rama.yang tidak boleh dikasari,seeloknya disentuh dengan lembut,kerana jika dikasari,akan mendatangkan mudarat kepada rama-rama tersebut...wanita juga diibaratkan seperti bunga mawar...jika tidak dijaga dengan elok, akan layu berguguran dan mati...sebaiknya mawar itu adalah mawar yang berpagarkan duri,tak mudah disentuh,mengharum di tamannya dan mekar sentiasa.
 
Wanita,jagalah akan dirimu seperti kamu menatang minyak yang penuh. Bila kamu menjaga dirimu,bermakna kamu menjaga maruah,aibmu,keluargamu,agamamu, lisanmu dan akhlakmu. Wanita,senang baginya untuk memasuki syurga Allah dan mudah juga baginya untuk menjadi penghuni neraka Allah. Fitnah juga kebanyakannya datang dari wanita.itu semua berpunca daripada lisan yang terlalu lancang berbicara.tidak hanya pada dunia realiti akan tetapi juda pada dunia maya.apakah ada menyedari akan hal ini? Kekalkanlah sifat malu dalam diri kalian kerana malu itu sebahagian daripada cabang iman.
 
Sebagaimana Rasulullah SAW, sifat malu sangat menebal dalam diri baginda. Malu melakukan kemungkaran, malu kerana merasakan ibadah yang dilakukan sedikit, dan malu dengan kurniaan Allah pada baginda.sungguh hebat Muslim yang bersulamkan sifat malu.malah sungguh indah jika sifat malu ini menghiasi diri seorang muslimah. Apabila sifat malu menghiasai muslimah, maka dia akan takut untuk berbuat sesuatu yang Allah murka,takut berbuat maksiat dan sebagainya. Malulah kepada Allah, kerana Allah tidak pernah tidur menjadi saksi kepada segala-galanya.
 
Beringatlah wahai muslimah,didiklah diri sendiri agar menjadi insan yang benar-benar Allah dan Rasululllah kita mahukan.Memang tidak semua sempurna,dan kita tidak bersifat maksum,namun tidak mustahil bagi kita untuk menjadi seperti itu. laksana serikandi-serikandi Islam di zaman Nabi seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah. Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah, Aasiyah dan ramai lagi. Mereka-mereka ini merupakan teladan yang baik untuk muslimah di luar sana.
 
Usahlah dirimu merasa bangga apabila ramai teruna yang menyukaimu,akan tetapi takutlah akan Allah apabila jika semua itu hanya menghampirkan kamu kepada murka-Nya. Apabila syaitan berputus asa dengan sebesar-besar perkara,tetapi mereka takkan menyerah kepada sekecil-kecil perkara yang biasanya kita terlepas pandang. Sememangnya baik dan buruk itu datangnya daripada Allah,namun Allah juga memberikan kita nikmat akal,senjata yang ampuh untuk kita berfikir. Kerana apa sahaja musibah yang datang menimpa manusia itu adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri...Allahumma salli ala saiyyidina Muhammad wa ala ali Muhammad.


selawat.~


 

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Indah wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh... "

Hamba ingin menjadi pejuang
Yang menjunjung tinggi kemanusiaan
Menegakkan agama Allah
Kukuh hingga ke akhirat
Wanita juga mampu menyaingi
Yakni bila kau berbakti...
Itulah kekuatan dari Illahi.