Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 18 October 2014

Aku kembali :)

Assalamualaikum CINTA... dan selamat bersua kembali wahai Tinta kerinduan hamba... :)

Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.


Masa berlalu dan berlalu sehingga usia ku semakin menginjak dewasa. Banyak perjalan yang ku tempuh, dan bermacam pengalaman yang dapat ku timba. Dari setiap apa yang aku hadapi, sungguh pelbagai seni dan warna ku pelajari. Terlalu banyak ibrah dalam perjalanan yang telah ku gali. Semua ini ada hikmahnya. Percaturan Allah ta'ala yang tiada cacat celanya. SUBHANALLAH!

Jari ini ligat menari di hadapan tabir maya. Banyak yang ingin aku luahkan dalam Tinta ku ini. Selama 3 tahun berlalu,aku sunyi dari menumpahkan ilham di dalam diari maya ku. Dalam 3 tahun itu juga, aku bertemu dengan segala macam ragam manusia yang juga menjadi cerminan diriku sendiri. Apabila berhadapan dengan pelbagai manusia, pasti ia sedikit demi sedikit dapat mendidik diri menjadi lebih matang dalam menghadapi masyarakat. Bukankah kita ini dihimpunkan oleh ALLAH Ta'ala dengan aqal yang berbeza? Dan dengan itu jugalah ummat Muhammad itu banyak perselisihannya.


Ya Robbibil Mustafa... menyebut sahaja nama baginda yang mulia, pasti bergenang mutiara jernih. Selawat dan salam sentiasa tercurah kepada sebaik baik orang yang berjalan, Ya Rasulullah. Dalam ruangan yang kesekian kalinya ini, ingin ku berkongsi rasa. Rasa Rindu, Cinta, Kasih, Damai dan bermacam rasa. Sebilangan orang bertanya, tatkala disebut nama Muhammad SAW, apa yang kamu rasa? Masya Allah, maka jawapanku... sungguh aku tak dapat melafazkannya, kerana Allah ta'ala Maha Mengetahui apa yang terpasung dalam sanubari ku. Namun begitu, sungguh pun banyak mutiara jernih ku yang jatuh dalam menahan rindu ku padanya, masih belum dapat menjadi bukti akan kasih dan cinta ku. Masih jauh untuk dapat mengejar kasih dan cinta baginda pada ummat seperti aku.


Setiap hari, setiap detik aku bertanya. Aku tidak tahu sama ada persoalan ku terjawab mahupun sebaliknya. "Ya Muhammad... apakah layak bagi aku, untuk kau tampil di hadapanku?" Insan mulia seperti Rasulullah terlalu mulia untuk dipandang oleh ummat hina seperti aku. Hari-hari ku berlalu semestinya tidak sunyi dari kekhilafan dan dosa sehingga diri berasa malu untuk mengangkat muka. Apa lagi untuk meminta Muhammad memandang diri ku yang penuh dengan kesilapan. Acap kali bibir menutur " aku cintakan Nabi Muhammad. Aku rindukan Nabi Muhammad' tetapi, bagaimana perlaksanaan ku sebagai ummat untuk mengakui diriku ini ummat Muhammad? Apakah aku sudah menjunjung sunnah baginda sesungguhnya?


Setiap minggu, aku menghadirkan diri ke madrasah Al Khairat. Gurunya yang sudah tidak asing lagi, Habib Muhammad bin Alawi al Attas. seorang kekasih Allah dan semestinya kekasih Muhammad. Apabila mencintai Muhammad SAW, sudah pasti kita turut mencinta salasilah keturunan baginda,yakni ahlulbaytnya. Hanya dengan itu, aku dapat merungkai rinduku sedikit. Walaupun hanya sedikit. Aku yang sungguh tiada apa, ingin berteduh kasih, menumpang keberkatan yang ada pada waliyullah, pada orang yang sangat dekat dengan Rasulullah. Dengan memandang wajah mudir, hati terasa sangat terpujuk dari segala kegalauan. Alhamdulillah syukur pd Allah SWT kerana melorongkan laluan-laluan keberkatan padaku dalam menyelusuri jalan cinta buat Kekasih Allah...


Tidak cukup dengan itu, aku mengumpul buku yang didalamnya meriwayatkan sirah Sang Kekasih. Lembaran demi lembaran ku tatap untuk menyuburkan kasih dan cinta. Dalam diriku ini terdapat satu ketakutan dan kekhuatiran. Aku takut jika hati ku jadi dingin dan keras sehingga hilang cinta dan rinduku pada baginda. Doa ku panjat semoga Allah menetapkan aku dengan apa yang aku cintai dan menghimpunkan aku bersama orang yang aku cintai di sana nanti. Hamba hina seperti aku tetap punya hasrat untuk bersama-sama baginda di akhirat sana walaupun syurga belum tentu ada buatku. Ya Habiballah... T_T


Semoga usia-usia ku dihabiskan dengan segala sesuatu yang Allah dan Muhammad sukai. Tidaklah lain tujuan diutuskan ke dunia selain menjadi hamba Allah dan ummat Muhammad. Walaupun aku perlu merangkak untuk menempuh jalan tersebut, maka itulah yang akan aku laksanakan. Jangan mimpi untuk masuk Syurga Allah dengan 'percuma'. Kerana banyak harga yang perlu dibayar walaupun bukan dengan wang ringgit. Ramai yang dapat mempertaruhkan sesuatu dengan wang ringgit. Tapi, apakah ada yang lebih bernilai daripada bersama dengan baginda Rasulullah? Allah Hu... :'( Semoga dipermudahkan jalan ini. Ameen ya Kareem...


sehingga berjumpa lagi wahai Tinta... :')


sollu ala saiyyidina Muhammad.~

0 comments:

Post a Comment

 

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Indah wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh... "

Hamba ingin menjadi pejuang
Yang menjunjung tinggi kemanusiaan
Menegakkan agama Allah
Kukuh hingga ke akhirat
Wanita juga mampu menyaingi
Yakni bila kau berbakti...
Itulah kekuatan dari Illahi.