Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 5 April 2012

TAKDIR yang terhijab...

salam.


Ain menarik nafas dalam-dalam. Laut yang terbentang luas di hadapan bagai menghadiahkan ketenangan buatnya. Dia memandang jauh. Sebuah kapal yang bergerak perlahan bagai membelah lautan membawa dia terbang bersama rasa takjub akan kebesaran Allah yang m...engizinkan sesuatu itu bergerak atas kuasa-Nya. Siapa yang dapat menghalang seandainya Allah ingin menenggelamkan kapal itu melainkan kuasa Allah untuk menahannya dari tenggelam. Subhanallah. Zikirnya menyapa hati. Apa yang terbentang luas di hadapannya kini benar-benar membawa dia hanyut bersama rasa kebesaran Allah. Angin Laut China Selatan menyentuh pipinya, mengundang rasa nyaman yang amat. Dia nikmati rasa kebesaran Allah sehingga dirasakan hanya dia sahaja yang ada disitu saat itu. Sehingga dia lupa seseorang sedang memerhatikannya.

“Kak Ain.” Sapaan lembut dari Zahra mematikan lamunan Ain. Zahra ingin memulakan bicara. Kerana apa yang berada dalam benaknya bagai menolaknya untuk keluar. Angin yang menyapa lembut wajahnya tidak mampu mendamaikan hatinya saat itu. Dia harus luahkan.

“Ya dik…maafkan akak, akak sedang menghayati apa yang terbentang luas di depan mata sekarang ni sehingga terlupa Zahra kat sebelah...” Ain tersenyum menambat hati seorang adik. Dia benar-benar lupa yang dia bukan keseorangan. Sudah sekian lama dia tidak menghadap laut dan terbang bersama rasa takjub akan kebesaran Allah. Sehinggalah petang itu, halaqah yang dijanjikan waktunya dengan adik-adik usrahnya di tepi pantai bagai suatu nikmat baginya. Sementara menanti ahli yang lain sampai, diambilnya peluang itu untuk duduk menghadap PANTAI.

“Kak, boleh Zahra kongsi sesuatu dengan akak, Zahra rasa tak sanggup pendam sorang-sorang lagi.” Zahra mulakan bicara. Saat itu ingin sekali rasanya dia menghembamkan wajahnya pada bahu seorang kakak di hadapannya. Biar dilepaskan semua yang membebankan hati dan jiwanya. Namun ditahan. Biar lah dia meluahkan kata sebaik mungkin agar butir bicaranya sampai pada yang mendengar dan dia mengharapkan segugus kata yang bisa menenangkan hatinya yang berkecamuk dihempas sesuatu yang bernama kekecewaan.

“Ye dik, silakan..ceritalah..akak sedia dengar.” Ain mengubah posisi duduknya, daripada menghadap laut ke sisi menghadap seorang adik yang sedang memandangnya sayu. Ditatapnya wajah itu, ada garis kedut di dahinya. Bisik hati Ain, ‘benar, dia kini bagai menahan rasa di hati.’

“Kak, kenapa ya..walaupun kita berusaha lakukan yang terbaik, kita jaga batas syariat, kita tak lakukan apa yang Allah larang, tapi kenapa kita masih tak dapat apa yang kita impikan kak? Zahra penat menjaga, kak. Akhirnya kecewa yang Zahra dapat.” Terluah sebahagian isi hatinya. Dia bagai tidak mampu menahan sebak. Terasa menekan-nekan beban dijiwanya, membuak-buak memaksa untuk keluar.

Ain terdiam. Cuba menghayati setiap bait kata yang terucap dibibir seorang muslimah di hadapannya. Namun dia antara faham dan tidak cuba meneka, tapi akhirnya akal seorang hamba tidak lagi mampu mendalami sejauh mungkin apa yang tersirat di sebalik kata yang terluah oleh seseorang yang terbit dari hatinya. Dia terus cuba merungkai apa yang bermain di benak gadis itu.

“Dik, terus teranglah dengan akak. Apa sebenarnya yang berlaku. InsyaAllah, setiap masalah itu ada jalan keluarnya.” Ain cuba memujuk. Dia ingin kepastian. Biar kata yang mampu diucap nanti kena pada sasarannya. Dan dia ingin berkongsi rasa bukannya sekadar menjadi pendengar yang setia.

Zahra mengangkat wajahnya yang tadi tertunduk menahan sebak. Memandang laut. Bebola matanya mengecil seperti memutar semula memori lama dibenak fikiran. Lantas dialihkan pandangannya memandang tepat pada wajah seorang kakak di sisinya.

“Kak, Zahra sukakan seseorang tapi selama ni Zahra pendam sahaja perasaan itu. Zahra tak pernah luahkan. Tapi orang yang Zahra sukakan itu tahu perasaan Zahra. Dia minta Zahra banyakkan doa dan solat minta Allah beri petunjuk. Zahra turutkan kehendaknya kerana Zahra tahu dia cuba lakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan ini. Dia juga pernah berjanji untuk hidup bersama Zahra. Kami jarang berhubung, sms pun jarang sekali. Selama ini Zahra hanya meluah rasa melalui doa seharian. Semua perasaan Zahra padanya Zahra luah pada Allah sebab Zahra yakin, hanya Allah yang mampu kabulkan keinginan Zahra. Lama Zahra menunggu dia, tapi akhirnya Zahra kecewa”. Terhenti bicaranya sebentar. Suaranya bergetar. Seketika kemudian dia menyambung.

“Apa yang Zahra dapat tahu sekarang, dia dah bertunang dengan orang lain.” Zahra tertunduk lesu. Akhirnya takungan air jernih di kelopak matanya pecah jua. Mengalir laju menelusuri pipinya lantas menitik jatuh menyentuh tangan menuju ke tanah. Dia terus menghentikan bicaranya kerana terasa dadanya tersekat dengan satu benteng perasaan sedih yang teramat.

Ain terdiam. Seorang adik di hadapannya kini rupanya sedang bergolak melawan kehendak hati. Lumrah seorang gadis sepertinya yang dihadiahkan perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Sebelum ini dia hanya mendengar kisah konflik cinta dan perasaan dari orang lain, tapi kini adik usrahnya sendiri yang sedang bertarung dengan masalah itu. Tidak dapat tidak, dia harus membantu semampu mungkin, biar terhapus semua keresahan hati yang sedang di tanggungnya.

Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Memandang tepat pada Zahra yang tertunduk bisu. Lantas dicapainya tangan lembut muslimah itu,digenggamnya kemas. Biar apa yang dirasai gadis itu turut terpikul olehnya dan biar apa yang menguasai jiwanya dapat dia selami sehingga butir bicaranya nanti mampu menenangkan hati adik di hadapannya itu. Dia memandang Zahra yang tertunduk sayu. Bisik hatinya,' gadis di hadapannya ini adalah seorang yang hebat jiwanya. Kalau tidak mana mungkin dia diuji dengan sesuatu ujian sehebat ini. Bukankah Allah itu menguji hamba-Nya mengikut kemampuan?’

Ain bisikkan doa dalam hatinya. Semoga apa yang bakal terluah untuk menenangkan sekeping hati yang sedang lara, mampu menyentuh lembut lantas menyelinap masuk ke dalam qolbu gadis itu. Hanya Allah yang memberi ketenangan. Dan pada sangkaan Ain, Zahra sebenarnya bukanlah berkonflik dengan insan yang dia impikan itu, tapi Zahra kini sedang melawan kehendak hati yang dihalang sesuatu yang bernama takdir.

“Dik, akak faham situasi Zahra….dan izinkan akak mengucapkan sesuatu penghargaan buat Zahra ya..akak nak ucap tahniah buat Zahra.” Sebaris kalimah yang keluar dari mulut Ain buatkan Zahra mendongak memandangnya. Zahra keliru. Bisik hatinya, kenapa di saat dia kesedihan seorang kakak di hadapannya mengucapkan tahniah seolah-olah dia baru sahaja mengecapi sebuah kejayaan sedangkan dia kini kehilangan.

“Ya, akak nak ucap tahniah sebab Zahra sudah lakukan yang terbaik. Zahra telah meletakkan diri Zahra di tempat yang betul. Zahra tidak silap..Zahra bertindak betul. Akak kagum dengan Zahra.” Ain mengemaskan genggaman tangannya pada tangan Zahra. Dia ingin membiarkan Zahra merasakan bahawa tindakan dia selama ini dengan meletakkan dirinya di bawah kuasa Allah adalah sesuatu yang paling tepat. Dan Biar Zahra sedar, bahawa dia tidak perlu menyalahkan setiap pulangan yang Allah lemparkan buat dirinya.

“Zahra tak faham kak…Zahra keliru dengan kata-kata akak.” Luah Zahra yang sedari tadi hanya memandangnya bisu.

“Zahra, cuba tengok kat sana tu.” Ain menunding jarinya pada suatu sudut. Terlihat sepasang kekasih berpegangan tangan sedang bergurau senda sesama mereka. Apa yang terlihat di matanya kini, adalah suatu tindakan yang dimurkai Allah. Ain yakin, pasangan itu belum menikah, kerana dia kenal benar perempuan yang sedang diusik manja oleh seorang lelaki di sebelahnya. Perempuan itu adalah jirannya. Namun, dek kerana keasyikannya di manjai, dia seperti hanyut dengan dunianya sehingga dia tidak perasan kehadiran Ain.

“Zahra nampak kan apa yang akak nampak? ” Zahra mengangguk perlahan namun pandangannya kembali mengadap laut. Ain sedar disaat ini, fikiran Zahra belum dapat menerima dan menghiraukan keadaan sekitar sedang fikirannya kini bagai tenat dihambat kesedihan.

“Dik, mereka nampak bahagia kan…apa yang mereka nak, mungkin mereka sedang kecapi. Tapi akak yakin, disebalik kebahagiaan yang dipamerkan ada kemurkaan Allah di sebaliknya. Mana mungkin Allah tidak marah bila perempuan dan lelaki bersentuhan tanpa nikah..kan dik?” persoalan ain menarik perhatian Zahra. Perhatian dia pada laut beralih memandang seorang kakak di hadapannya.

“Maksud akak? ” soal Zahra yang telah diundang oleh rasa ingin tahu.

“Dik, sebab itu akak hadiahkan ucapan tahniah buat Zahra tadi. Sebabnya Zahra tidak seperti mereka. Kalau Zahra nak, dah lama Zahra lakukan seperti mereka lakukan..kan? Tapi Zahra tidak. Zahra menjaga demi sebuah ketaatan kepada Allah dan takut pada kemurkaannya kan? Inilah kejayaan besar buat Zahra sebenarnya. Zahra telah meletakkan Allah mendahului segalanya. Sebab itu Zahra tidak perlu sedih, sayang… kerana Allah telah memberi ganjaran atas sebuah ketaatan yang Zahra pertaruhkan. Bukankah begitu dik? ” Kenyataan Ain buatkan Zahra merenung sedalam-dalam matanya. Ada sesuatu yang menarik hatinya untuk mentadabbur sebentar kalimah yang meluncur laju keluar dari mulut seorang kakak di hadapannya.

“Zahra, cinta yang sebenar-benarnya cinta yang disandarkan kepada Allah seharusnya membahagiakan dik. Tiada gelisah tiada resah biarpun sebuah pengharapan yang kita semai selama ini musnah akibat tindakan kerdil seorang hamba. Namun, bagi kita itu adalah yang terbaik kerana apa lagi yang lebih penting dari berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha dan bertawakkal sebaik mungkin pada Allah? Itulah yang sebenar-benarnya cinta. Disandarkan bulat-bulat pada Allah, pemegang mutlak hati-hati hamba-Nya. Siapa kita untk mengizinkan dan menolak perasaan kasih dan sayang terus bersemai dalam setiap jiwa hambaNya melainkan Allah yang mencampakkan rasa itu. Ya, cinta itu seharusnya membahagiakan bukan meresahkan jiwa. Seandainya meresahkan, periksa dan teliti lah semula cinta itu. Boleh jadi cinta itu bukan kerana Allah. Mungkin kerana nafsu dan kehendak semata-mata. Kerana hanya nafsu yang liat untuk tunduk pada perintah Allah sejak azali lagi. Dik, Inilah matlamat sebuah cinta. Ketenangan jiwa, kebahagiaan hidup, kelangsungan tindakan dan yang lebih penting cinta kerana Allah itu bakal mencipta satu kebergantungan yang kuat kepada Allah. Dik, orang yang kita impikan itu cuma alat. Matlamat sebenar kita dalam mengejar sebuah cinta adalah redha Allah.”

“Tapi kak…Zahra dah lakukan yang terbaik. Bukankah Allah itu akan memberi kepada setiap orang yang berusaha? Dan Zahra yakin Zahra dah lakukan yang sebetulnya. Tapi kenapa akhirnya ini yang Zahra dapat? “ Zahra persoalkan ketentuan Allah diikat dengan rasa kecewa yang belum lagi terubat lukanya.

“ Dik, disinilah Allah nak membentangkan bukti sama ada kita cintakan seseorang itu kerana Allah atau tidak. Ataukah sekadar sebuah ucapan dibibir? ” Persoalan Ain sekali lagi buatkan Zahra terkesima. Lantas dia memandang tepat pada wajah kakak di hadapannya.

“Ya dik, inilah buktinya. Seseorang yang cintakan seseorang kerana Allah, sebenarnya sedikit pun tidak mengharapkan cinta dari manusia itu, tapi dalam diam dia menanam satu pasak pengharapan yang kukuh pada Allah sehinggakan tanpa sedar dia merelakan apapun jua yang bakal Allah berikan buat dia kelak. Kerana dia yakin hanya Allah yang mampu menyebarkan rasa cinta pada orang yang selayaknya menerima. Untuk mencapai cintanya itu dia akan terus berusaha sebaik mungkin, macam mana? Pelihara cinta itu atas dasar mencari redha Allah. Jaga batasan sebaiknya dan tunaikan hak dan suruhan Allah. Apapun jua pulangan Allah buatnya, dia berserah. Seandainya tiba di pertengahan, perancanganya musnah, dan dia kehilangan apa yang dikejarnya. Namun, dia tidak gentar kerana baginya kehilangan itu tidak kemana, semuanya kembali kepada Allah. Dia tidak kesal akan kehilangan kerana baginya dia telah lakukan yang terbaik seperti yang Allah inginkan dan bukan apa yang manusia inginkan. Dan saat itu dia sedar bahawa dia menyerahkan urusan hidupnya kepada Sang pemilik ibu kunci segala kebahagiaan, iaitu Allah swt. Dik, orang yang mencintai seseorang kerana Allah, dia meletak pengharapan pada Sang Pencipta bukan pada orang yang dicipta. “ Ain sedikit tegas. Adik di hadapannya sedang berkonflik dengan ketentuan yang Allah aturkan di sebalik rasa sayangnya pada seseorang yang bernama lelaki. Biar katanya berbekas.

“Ramai orang di luar sana menggunakan nama Allah untuk perindahkan janji setia nya pada pasangannya, kononnya, kerana Allah lah dia mencintai kita. Persoalannya betul ke kerana Allah? Sedang hak Allah belum dia jaga sebaik mungkin. Kononnya sayang kerana Allah, tapi saling berhubung, ber’sms, beremail sepanjang masa, dan ada yang lebih berani keluar bersama membawa seorang teman yang tidak selayaknya menjadi ‘teman’. Itu ke kerana Allah? Benar, bibir mengucapkan nama Allah tapi di hati penuh dengan rasa asyik bersulamkan nafsu di jiwa sehingga tanpa sedar, Allah yang sebelumnya berada di tangga pertama dalam hati jatuh ke tangga terakhir sekali. Nauzubillah dik. ”

“Zahra, buka la mata hatimu sayang. Lihat sedalam-dalamnya. Akak faham situasai Zahra. Apa yang berlaku ini adalah hadiah yang terbaik Allah kurniakan buat Zahra sebenarnya. Zahra lupa ya pesan Rasulullah SAW pada kita. Boleh jadi apa yang kita suka itu membawa keburukan buat kita, dan boleh jadi perkara yang kita lari darinya, membawa seribu kebaikan buat kita. Subhanallah. Kita sangat naïf dik untuk mentafsir takdir Allah yang terhijab tebal. Walaupun kita berusaha sebaik mungkin, tapi bila Allah tidak izinkan, siapa kita untuk menghalang. Walau menangis kita air mata darah sekalipun, takkan mampu merubah takdir Allah yang Allah atur kemas dalam kalungan rahsiaNya.” Ain menutur kata dengan tenang. Setenang laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Hanya kadang kala laut itu bergelora dek hempasan ombak yang memukul. Ya, seperti pantai, adakalanya hati-hati ini perlu digoncang, biar tersedar dari lamunan yang panjang.

“Dik, cuba pandang pada kapal besar di sana tu. Atas kuasa Allah, kapal itu mampu timbul bergerak membelah lautan. Dan atas kuasa Allah jua kapal itu mampu tenggelam dalam sekelip mata sahaja. Walaupun dia atas kapal itu ada pelbagai alat digunakan untuk mengelakkkan kapal itu dari karam, tapi saat Allah menurunkan takdirnya menenggelamkan kapal itu, siapa yang mampu menghalang? Tiada siapa dik. Persoalan yang boleh kita timbulkan, kenapa Allah tenggelamkan kapal itu sedangkan mungkin ramai orang yang soleh berada di atas kapal itu? Tidak adilkah Allah?” Bergetar suara Ain sewaktu menutur kata mempersoalkan hak Allah. Biarlah, biar kata-kata itu mampu menjentik akal untuk berfikir. Ain ingin sekali membuka mata hatinya dan hati adik di hadapannya untuk dia sama-sama melihat takdir Allah yang Allah sentiasa hijabkan dari pandangan manusia yang dhaif.

Zahra perlahan-lahan menggelengkan kepalanya. Dia menjawab sendiri dalam diam. Hatinya kini rasa terpukul dengan persoalan yang meluncur laju dari bibir seorang kakak di hadapannya. Iya, benar. Takdir Allah mendahului segalanya. Biar sehebat mana pun perancangannya, namun Allah Maha Besar lagi hebat perancangannya. Zahra akui tentang itu.

Zahra memandang buih-buih yang timbul di permukaan air. Memutih di atas hamparan pantai, cantik bak ukiran indah pada sehelai kain yang bersih. Beralun-alun dibuai ombak. Matanya asyik memerhati buih-buih putih yang hilang dan kemudian timbul lagi, namun hatinya terbang bersama rasa sebak. Ada satu persoalan yang tertancak kemas meminta dia merungkainya. ‘Betul ke selama ini dia bergantng harap pada Allah? Atau dia hanya ditipu dek indahnya rasa cinta pada seseorang. Mungkin. Bisik hatinya lagi. Benar kata-kata kak Ain tadi, cinta itu seharusnya membahagiakan kalau ianya betul-betul kerana Allah. Tapi kini terbukti cinta itu buatkan dia merasa kecewa. Benarlah, selama ini ketaatan dia pada Allah bukanlah sebenar-benarnya ketaatan, tapi dinodai oleh perasaan.’

“Ya Allah…. ” Zahra menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Rasa bersalah memenuhi ruang jiwanya. Dia sedih atas apa yang telah dia lakukan. Kata-kata kakak di sebelahnya betul-betul membuka pintu hatinya melihat rahsia yang Allah tabirkan melalui setiap kejadian.

“Zahra… ” Ain menyapa lembut adik di hadapannya setelah dibiarkan seketika Zahra bermonolog sendirian. Dia mengusap-usap bahu Zahra, biar adik itu merasa ketenangan disaat dia sedang dihambat rasa yang sukar dimengerti.

“Kak…betul kata akak…ya, mungkin Zahra tidak sepenuhnya bergantung pada Allah. Ketaatan Zahra itu kerana manusia, dan bukannya lahir ikhlas kerana Allah. Sekarang Zahra sedikit rasa lega kak dan Zahra baru faham, apa itu yang dinamakan cinta manusia kerana Allah. Ya, cinta kerana Allah itu seharusnya membahagiakan dan bukannya kecewa seperti apa yang Zahra rasakan...hmm..” Sekali lagi air jernih menitis perlahan menuruni pipi putih bersih gadis itu. Cepat jari-jarinya menyeka air mata dari terus mengalir. Dia memandang ke arah kapal di lautan luas terbentang yang semakin mengecil dari pandangan. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Terasa sejuk menjalar di segenap ruang urat saraf. Laut yang terbentang luas di hadapannya kini baru dirasakan terlalu bermakna baginya.

“Kak, hebatkan Allah? ” Zahra masih tidak mampu menahan air matanya dari jatuh. Malah untaian jernih itu bagai meluncur laju selaju air di empangan yang pecah. Turun bersama rasa taajub akan kebesaran Allah yang menjadikan sesuatu itu Maha Indah andai dimengerti dengan mata hati. Ain mengangguk perlahan. Hatinya juga beristighfar lembut disulam rasa syukur pada Allah kerana dalam diam, seketul hati ini akhirnya tunduk dan sujud pada takdir Allah yang berseni. Ya, dia mengakui bahwa Allah itu Maha Hebat sehebat ciptaanNya. Subhanallah.

Zahra mencapai tangan Ain, digenggamnya kemas. Kejap. Dipandangnya seorang kakak di hadapannya dengan penuh rasa cinta. Hatinya tenang, setenang wajah milik kakak di hadapannya. Dia ingin menuturkan sesuatu. ‘Selayaknya dia mendapatkan ucapan ini’ getus hati Zahra.

“Kak, terima kasih atas kata-kata nasihat akak. Alhamdulillah, hati Zahra rasa tenang sekarang. Zahra akui hati ini tidak mampu melihat kebenaran andai disulamkan dengan rasa riak dalam mentafsir takdir Allah. Dan sesuatu yang Zahra belajar hari ini adalah, cinta kerana Allah itu adalah membahagiakan bukan menyeksakan. Hmm..terima kasih kak” Zahra mengucapnya penuh ikhlas dari hati. Ingin sekali dia memeluk muslimah di hadapannya.

“Dik, Alhamdulillah. Allah pemilik mutlak hati ini. Dia yang mencampakkan ketenangan dan membuka hati Zahra melihat kebenaran. Akak cuma perantara sahaja dik. Apa yang berlaku juga menjadi manfaat untuk akak. Ya, akak bukanlah orang yang terbaik untuk Zahra, tapi akak cuba berada pada landasan orang yang pernah ‘jatuh’ suatu ketika dahulu dalam usaha mentafsir takdir Allah. Dan sekarang akak cuba ‘berdiri’ lagi. Merenung dan mencari setiap apa yang Allah aturkan, cukup berseni, hanya tinggal hambaNya sahaja mengambil peluang merenung dengan mata hati.” Ain meluahkan rasa. Ya, apa yang berlaku juga membuka mata hatinya melihat takdir Allah yang terhijab seni tanpa diduga oleh akal insan yang dhaif sepertinya.

Sedang mereka berdua berkongsi rasa, dua ekor anak ketam bekejaran menarik perhatian mereka. Binatang kecil itu bagai berebut sesuatu, seketika kemudian berlari bekejaran masuk ke dalam lubang. Mengintai-ngintai di celahan. Namun hilang di sebalik simbahan ombak yang datang tanpa diundang. Setelah ombak pergi, hilang sudah jejak lubang-lubang milik binatang kecil itu, seketika kemudian timbul lagi dua ekor anak ketam keluar di sebalik pasir yang memutih.berlari-lari dihadapan dua orang muslimah yang sedang menghambat rasa. Binatang kecil itu bagai berdrama di hadapan mereka berdua. Mencuit hati Zahra dan Ain.

“Zahra, setiap apa yang Allah pertontonkan kepada kita, ada hikmahnya. Beruntung sangat buat mereka yang melihat dan mentafsir sesuatu kejadian itu dengan mata hati. Akak teringat golongan yang dimaksudkan oleh Allah sebagai golongan orang-orang yang berakal. Zahra nak tau siapa golongan itu?”

Zahra menganggukkan kepalanya perlahan. Ain memandang jauh, matanya terlekat pada seekor burung yang sedang bertenggek di atas perca kayu di hadapannya. Namun fikirannya jauh menerawang dan berhenti tatkala teringat baris-baris makna ayat dari Qalam suci.

Dibacanya lembut dengan penuh perasaan.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pergantian siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika duduk, berdiri dan berbaring, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata; Ya Allah, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu itu dengan tidak sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab api neraka, Ali Imran ayat 190 sehingga 191.”

Zahra kusyuk mendengar. Seketika kemudian dia mengukir senyum lantas dihadiahkan buat seorang kakak di sisinya. Disambut mesra oleh Ain. Dia kembali semula mengadap laut. Burung-burung berterbangan bagai menari-nari menghiburkan hatinya. Dan nun jauh di sana, kapal itu terus berlayar dengan tenang. Dadanya kini terasa kosong. Zahra kini semakin mengerti.

...dan Ain,

Ain membisikkan sesuatu dalam hatinya. ‘Subhanallah, tidak Engkau ciptakan ini semua dengan sia-sia ya Allah. Ada hikmah di sebalik takdir yang Engkau tabirkan. Kapal yang belayar di tengah lautan, burung-burung yang berterbangan, buih-buih laut yang memutih, anak-anak ketam yang berkejaran, cinta yang bahagia di sebalik kemungkaran serta cinta yang tergendala di sebalik ketaatan, semua itu membuatkan dia semakin takjub akan kebesaran Allah. '

Sesungguhnya rahsia Allah cukup terseni, dan hari ini membawa suatu yang baru menuntut dirinya mengerti, iaitu pada takdir Allah yang terhijab...


selawat.~

Hiasan Sebuah Kesabaran..

salam.


DuniaMu Tuhan ...... penuh dengan segala macam hiasan
Hiasan yang mempunyai pelbagai rupa dan warnanya
Hiasan itu adalah satu nikmat yang terlalu berharga
Nikmat yang terkandung segala kisah suka dan duka
Sesuatu yang indah lagi mengembirakan sentiasa didambakan
Sesuatu yang sukar lagi menyiksakan  , tiada ingin sekali pun sekadar angan-angan kosong

Namun keduanya tetap akan menyapamu wahai manusia ciptaan Yang Maha Agung
Biar pun kamu menolak mahupun menyenangi
Ia tetap menjengahkan dirinya menuntut KESABARAN yang tiada terhingga
Tiada sebarang harta dunia yang mampu mencapai penyelesaian melainkan KESABARAN
Seluruh aqal bisa memahami maksud SABAR dari bahasanya
Namun mampukah hati mengerti SABAR pada lakunya dan tertampungkah jasad bertaut roh menjunjung SABAR yang sebenarnya
Subhanallah Maha Luas ilmu ALLAH SWT

IMANlah sahabat SABAR
IMANlah tonggak SABAR
IMANlah pencetus SABAR
SABAR itu separuh daripada IMAN
Segala yang zahir dan batin pasti ada arah tuju serta  sebabnya
Maha Suci ALLAH dari segala yang menyekutukan
Rahsiamu bersalut sayang berhias kasih selamanya


ku terus berjalan,melihat dan mentafsir.....


selawat.~

Memburu ISTIQAMAH!

salam.


Bila disebut tentang istiqamah, seolah kita dihantui.
Bila disebut tentang istiqamah, seolah jantung berdegup kencang.
Kerana susahnya untuk menjamin diri sendiri untuk terus istiqamah.

Istiqamah melakukan kebaikan yang pastinya memang sukar.
Tiada istilah istiqamah dalam melakukan kejahatan atau kemungkaran.
Istilah yang sesuai adalah lalai.

Susahnya untuk beristiqamah dalam melakukan sesuatu apabila hati manusia ini memang sifatnya sentiasa berbolak-balik.
Iman yang sentiasa turun dan naik.
Dugaan dan cabaran tidak pernah henti berkunjung.

Ya, dunia ini bukan seindah yang kita impikan.
Istiqamah juga bukan sesenang yang kita impikan.

Untuk terus tetap berada di atas jalan ini,
Istimrar dengan amar maaruf dan nahi mungkar sehingga akhir hayat,

Memerlukan pengorbanan yang tinggi !
Memerlukan azam dan himmah yang kuat !
Memerlukan matlamat yang jelas !
Ajaibnya istiqamah adalah kita akan berterusan melakukan sesuatu kebaikan meskipun kebaikan itu hanyalah kecil. Apatah lagi kebaikan yang besar nilainya.
Dan apa yang menghantui istiqamah adalah ketakutan yang datang dari dalam diri kita sendiri.
Dan akar segala ketakutan itu adalah tiada rasa kepercayaan, tidak kenal akan Tuhannya dan tidak kenal akan dirinya sendiri.
Tidak akan terpalit rasa kesedihan yang melampau kepada manusia yang sangat menjaga keistiqamahan dirinya kerana sumber kekuatan mereka adalah Alah itu sendiri.

Allah menjadi daya tolak.
Allah menjadi sumber kekuatan.
Allah menjadi matlamat.

Dalam pelayaran kapal dakwah di tengah lautan dunia,
Pastinya ada ombak besar yang datang menyapa,
Kapal juga bakal dimamah dek zaman yang kian berlalu,

Namun, seburuk manapun kapal,
Jauh lagi destinasinya,
Tidak perlu kita terjun ke dalam lautan menyelam sendirian,
Jerung jahiliyyah menanti penuh senyuman,
Tanda mangsa sudah menyerah diri,
Teruskan berada dalam pelayaran,
Kerana itu kemenangan yang pasti.

Pasti, bagi seorang daie istiqamah dalam jalan dakwah ini adalah pilihan kita sendiri.
Futur dan kecewa tidak ada dalam kamus hidup kita.
Meskipun ada, ia tidak terlalu lama sehingga mampu melalaikan kita.

Jangan sekali-kali menjadikan kelemahan sebagai titik penimbang tara anda untuk terus istiqamah.
Nampak sahaja kelemahan, rasa lesu dan lemah untuk meneruskan gerak kerja.
Nampak sahaja kecacatan, kita menganggap tidak akan tercpai matlamat.

Singkirkan perasaan dalaman.
Segala jenis perasaan dalaman yang anda rasakan mampu untuk membunuh istiqamah anda.
Perasaan dalaman itu ibarat petrol yang mampu menyalakan api-api kecil menjadi marak sehingga membinasakan diri sendiri.
Sungguh, perasaan dalaman itu kita perlu didik dan bina agar ia tidak menghantui diri kita untuk terus mencipta alasan tidak istiqamah untuk berada di atas jalan ini.

Istiqamah yang ada pada diri kita sekarang,
Bentuk dengan penuh tarbiyyah dan sifat-sifat yang mulia,
Bentuk dengan acuan iman dan taqwa,
Dipadukan dengan ghayah yang jelas,
Agar istiqamah itu terus subur dan berkembang  menjadi haruman untuk diri kita sendiri dan rakan seperjuangan sekeliling.

Bagaimana Rasulullah istiqamah,
Bagaimana para sahabat juga istiqamah,
Bagaimana para dua’t agung yang juga istiqamah,
Begitulah keistiqamahan kita sewajarnya.

KERANA KITA MELALUI DENAI DAN ARUS YANG SAMA.
KERANA KITA MEMBAWA PANJI KEMENANGAN YANG SAMA.
KERANA KITA MEMPUNYAI GHAYAH YANG SAMA.

Namun, adakah Allah akan menghadiahkan istiqamah itu kepada kita sebagai hambanya ?

Tidak untuk mereka yang tidak bersungguh melakukan kerjanya.
Ya untuk mereka yang bekerja keras menyiapkan urusannya.

Semakin lama berada di atas jalan ini, semakin bertambah mehnahnya.
Semakin lama berada di atas jalan ini, keistiqamahan kita akan terus diduga.

Kerana Allah ingin  melihat sejauh mana istiqamahnya kita.
Sejauh mana kita mampu.
Sejauh mana kita mahu.

Hadiah yang sangat  mahal diiring dengan tadhiyyah yang juga mahal harganya.
Mana mungkin kita mengatakan syurga itu senang untuk kita dapat melainkan hanya dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,
Dan kesempatan ini masih Allah hadiahkan kepada kita,
Marilah menjadikan Ramadhan ini sebagai satu latihan untuk membina ruhiyyah kita. Sekaligus membentuk ruhiyyah untuk terus dan terus istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Membaik pulih jiwa.
Membersih jiwa.
Menyucikan jiwa.


semuanya dari berjalan,melihat dan mentafsir...

selawat.~

Ketika Iblis Membentangkan Sejadah...

salam.

Siang menjelang zohor. Salah satu Iblis ada di Masjid. Kebetulan hari itu Jumaat, saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada dalam Masjid. Ia tampak begitu khusyuk. Orang mulai berpusu-pusu datang. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk & masuk dari segala penjuru, melalui jendela, pintu atau masuk melalui lubang pembuangan air. Pada setiap orang, Iblis juga masuk melalui telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah yang hadir. Iblis juga menempel di setiap sajadah.
"Hai, iblis!", panggil Kiai, ketika baru masuk ke Masjid itu.
Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, Kiai. Tidak perlu kau larang-larang saya. Ini hak saya untuk menganggu setiap orang dalam Masjid ini!", jawab Iblis kasar.
"Ini rumah Tuhan, iblis! Tempat yang suci,Kalau kau mahu ganggu, kau boleh buat diluar nanti!", Kiai mencuba mengusir.
"Kiai, hari ini, adalah hari menguji cuba sistem baru". Kiai tercengang.
"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu". "Dengan apa?"
"Dengan sajadah!"
"Apa yang bisa kau lakukan dengan sajadah, iblis?"
"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sajadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh untuk bekerja dengan upah demi keuntungan besar!"
"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru,iblis?"
"Bukan itu saja Kiai..."
"Lalu?"
"Saya juga akan masuk pada setiap pereka sajadah. Saya akan menumbuhkan gagasan, agar para pereka itu membuat sajadah yang lebar-lebar."
"Untuk apa?"
"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang kau pimpin, Kiai! Selain itu, Saya akan lebih berleluasa, masuk dalam barisan sholat. Dengan sajadah yang lebar maka barisan shaf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ Saya akan ikut
membentangkan sajadah".
Dialog Iblis dan Kiai sesaat terputus. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sajadah. Keduanya berdampingan. Salah satunya, memiliki sajadah yang lebar. Sementara, satu lagi, sajadahnya lebih kecil. Orang yang punya sajadah lebar seenaknya saja membentangkan sajadahnya, tanpa melihat kanan-kirinya. Sementara, orang yang punya sajadah lebih kecil,
tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang sudah lebih dulu datang. Tanpa berfikir panjang, pemilik sajadah kecil membentangkan saja sajadahnya, sehingga sebagian sajadah yang lebar tertutupi sepertiganya.
Keduanya masih melakukan sholat sunnah.
"Nah, lihat itu Kiai!", Iblis memulai dialog lagi.
"Yang mana?"
"Ada dua orang yang sedang solat sunnah itu. Mereka punya sajadah yang berbeda ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka".
Iblis lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat sunah. Kiai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan Iblis sebelumnya. Pemilik sajadah lebar, rukuk. Kemudian sujud. Tetapi,apabila bangun dari sujud, ia membuka sajadahya yang tertutup, lalu meletakkan sajadahnya di atas sajadah yang kecil. Hingga sajadah yang kecil kembali berada di bawahnya. Ia kemudian berdiri. Sementara, pemilik sajadah yang lebih kecil, melakukan hal serupa. Ia juga membuka sajadahnya, kerana sajadahnya ditutup oleh sajadah yang lebar. Itu berjalan sampai akhir sholat. Bahkan, pada saat sholat wajib juga, kejadian-kejadian itu beberapa kali terihat di beberapa masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas, tak mahu menerima di bawah. Di atas sajadah, orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya. Siapa yang memiliki sajadah lebar, maka, ia akan meletakkan sajadahnya diatas sajadah yang kecil. Sajadah sudah dijadikan Iblis sebagai perbedaan kelas.
Pemilik sajadah lebar, diindentikan sebagai para pemilik kekayaan, yang setiap saat harus lebih di atas dari pada yang lain. Dan pemilik sajadah kecil, adalah kelas bawah yang setiap saat akan selalu menjadi subordinat dari orang yang berkuasa.
Di atas sajadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.
"Astaghfirullahal adziiiim ", ujar sang Kiai perlahan.

-the end- :)

ku teruskan berjalan,melihat dan mentafsir...

selawat.~

CINTA MAHABBAH...

salam.


Tiada kata secantik bahasa …
untuk ku puji manusia …
Tiada gambar seindah lukisan …
nak ku tunjukkan perasaan …

Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.
Siapakah orang yang dicintai oleh Allah dan siapakah pula orang yang dibenci oleh Allah? Marilah kita sama-sama renungkan untuk mencari jawapannya.
Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.
Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada Allah? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah serta menyamakan cintanya sebagaimana ia mencintai Allah maka ia termasuk ke dalam golongan orang yang telah menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.
Maka, marilah kita sama-sama memahami erti cinta yang sebenar. Janganlah kita terjerumus dalam ‘syirik cinta’. Janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata ‘cinta’ tapi buta hati akan makna ‘cinta sebenar’ .
Dalam hal ini, marilah kita celikkan hati kita dengan memahami terlebih dahulu akan sepotong ayat dalam surah Ali’ Imran 3:31.
“ Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Ayat di atas menyatakan dengan jelas,  ’Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah s.a.w. kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.
C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).
Selanjutnya  Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas (mematuhi ajaran Rasulullah s.a.w),  Allah akan mencintainya. Inilah jawapan bagi soalan siapakah orang yang dicintai oleh Allah dan, jawapan bagi soalan siapakah orang yang dibenci oleh Allah adalah orang yang disebaliknya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya, begitulah besarnya kasih dan sayang Allah pada kita hambanya.
Kesimpulannya, kesempurnaan cinta ialah pada cinta sebenar….
(1) cintalah kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati (orang yang dicintai Allah).
(2) cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
 Dan ini pula tafsiran … cinta yang salah, ‘cinta syirik’
(1) cinta bersama Allah. Menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain  dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Cinta ini adalah cinta salah, cinta syirik. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata.
dan seterusnya tafsiran… cinta yang tak cukup 
(1) cinta kepada Allah. Hanya cinta kepada Allah sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik juga cinta kepada Allah. Orang  munafik seperti orang kafir yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. mengkhianati apa yang dituturkan. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua iaitu mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. , dengan tidak mematuhi perintah syariatnya. Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya.
Maka, kenalilah, ketahuilah dan, sedarilah apakah cinta sebenar. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain.


berjalan,melihat dan mentafsir....

selawat.~

Aku Bukan Wanita Mulia....

salam.

baca dan ambik iktibar daripadanya...

Bau tanah ditampar renyai hujan menyentuh deria baunya. Dia melihat dari jauh sosok berkelubung putih berjalan perlahan membelah kabus pagi yang tebal dan dingin. Dia yakin sosok itu milik seorang wanita kerana kerudung di atas kepalanya yang terletak indah dibuai nakal sang bayu pagi. Dia melajukan langkahnya, hayunan kaki dibesarkan cuba mengejar wanita itu, seakan ada satu tarikan yang ia tiada upaya untuk tolak. Semakin ia menghampiri, semakin wanita itu menjauh, sehingga lelah menghambat peluh dingin keluar daripada liang tubuhnya. Dia ingin menegur namun gusar andai dia menakutkan wanita itu pula. Lalu dia berlari anak sambil menahan serbannya yang hampir tercabut.

“Wahai pemuda! Tidak malukah kau mengejar aku, bersaksikan serban mulia di kepalamu?” Suara wanita itu menghentikan langkahnya, cepat-cepat ia kesat peluh di wajahnya sambil membetulkan serban di atas kepalanya.
“Wahai wanita mulia, aku Cuma tertanya-tanya, siapakah gerangan kamu, yang berjalan sendirian di pagi dingin, membelah kabus? Ke mana destinasimu, mana tahu aku bisa menjagamu dari belakang andai ada yang berniat jahat.” Dia memberanikan diri untuk bersuara. Wanita di hadapannya tetap juga tidak menoleh, hanya hembusan nafas yang berat kedengaran.
“Jangan kau risau, Allah ada untuk menjagaku. Risaulah tentang dirimu, tentang niatmu wahai orang muda! Allah tidak pernah lengah pada setiap suara hati yang terlintas, pada setiap denyut hati yang bersuara.” Wanita itu membetulkan kerudungnya, cuba meloloskan diri daripada perhatian pemuda itu.
“Nanti! Adakah kau pasti, untuk terus bersendirian menelusuri jalan ini? Aku khuatir andai apa-apa berlaku padamu.” Lama wanita itu membatu, kemudian dia menoleh ke belakang, sambil menyembunyikan sebahagian wajahnya. Terlihat jelas di matanya, sepasang mata bening cuba memberitahunya untuk berlalu pergi.
“Jika benar kau khuatirkan diriku, pergilah kau dari sini, itulah perkara yang akan menyelamatkanku dan kamu. Tolong kau pergi dari sini wahai pemuda mulia, aku bukan seperti sangkaanmu.” Dia terpinga-pinga dengan jawapan wanita itu, cuba mentafsir apa disebalik kata-kata itu.
“Tapi….” Belum sempat dia menghabiskan kata -katanya, wanita itu telah  berjalan laju, tenggelam dalam kabus tebal. Kemudian ia merasakan goncangan yang maha kuat, melempar tubuhnya jauh.
“Zikri, bangun! Ya Allah, kita dah terlambat bersahur! Lagi setengah jam masuk subuh!”  diraub wajahnya yang berkeringat lebat, mulutnya berisitighfar berkali-kali, mengingat mimpi aneh yang telah beberapa hari mendatangi tidurnya. Dadanya jadi sesak dan sebak setiap kali terjaga daripada tidurnya. 

Tuhan, apa yang Kau cuba khabarkan padaku? Siapa wanita itu? Siapa pemilik sepasang mata itu?bingkas dia bangun dari pembaringan. Membersihkan tubuhnya, bersahur sekadar beberapa butir kurma dan segelas air kosong, kemudian menyungkur sujud pada Allah, memohon petunjuknya pada apa yang berlaku. Sengaja dia berlama dalam sujudnya cuba merungkai segala rusuh yang bergumpal dalam nubarinya. 

Adakah mimpi itu berkait dengan niatnya untuk bernikah? Adakah wanita dalam mimpi itu adalah wanita sama yang ingin dia pinang? Kerana mata bening itu benar begitu tidak asing baginya, telah pun singgah di hatinya, wanita mulia yang dia kenal di Mekah itu. Wanita yang dia lihat sering bersendiri itu, yang baginya memiliki hati yang begitu khusyuk dalam melakukan apa sahaja. Sering dia terlihat wajah suram bersalut duka wanita itu ketika berjalan menelusuri jalan-jalan di Masjidil Haram, tangannya sentiasa mengesat mata yang berair. Kagum nian dia pada wanita itu hingga hatinya begitu tertarik pada Izzah yang terpancar , seolah-olah terpukau lalu ia nekad untuk mengambil wanita itu sebagai pedamping hidupnya. Namun dia tidak tahu bagaimana untuk mendekati wanita itu, sudah pun dia nyatakan hasratnya pada Mursyidnya, untuk merisik wanita mulia itu. Tiada khabar yang diterima dari mursyidnya, sehingga dia kini telah pulang ke tanah air, mengusung sebuah harapan yang masih subur agar Allah menemukan dia kembali dengan wanita itu.

“Zikri, ustaz dapat maklumat tentang wanita itu, namanya Zinnirah, dia telah pulang ke tanah air, sekarang menetap di sekitar Kuala Lumpur, sama di tempatmu sekarang. Ustaz berjaya mendapat alamatnya juga nanti ustaz emailkan.”

Suara mursyidnya di hujung talian, menyebabkan hatinya berbunga-bunga, rupanya ustaz dalam diam melakukan sesuatu dan harapannya kian menggebu.
Dia akan pergi menemui wali wanita itu, meminta dengan penuh takzim dan hormat pada sebuah ikatan pernikahan. Dia nekad dan pasti. Selepas sahaja dia menerima email daripada mursyidnya, dia mula merancang strategi, dia mahu bertemu ayah wanita itu dahulu, kemudian jika semua berjalan dengan baik, baharu dia akan mengkhabarkan pada ibu dan ayahnya. Dengan lafaz basmallah, dia memulakan langkahnya, menuju rumah seperti alamat yang tertulis di atas cebisan kertas di tangannya. Mujur tidak begitu jauh daripada tempatnya menetap. Dia kemudian Berjaya menemui rumah tersebut, berdiri dia di hadapan pintu pagar besi bermangga besar. Rumah itu kelihatan sepi, bagai tiada penghuni. Dia jadi hairan, berdiri lama di situ. Kemudian seorang tetangga keluar menegur.

“Encik cari siapa?” Seorang lelaki berkain pelikat menegurnya di muka pintu, berjalan menghampirinya.
“Er..saya cari Cik Zinnirah, ini rumah dia kan?”
“Eh dah beberapa bulan dia pindah encik. Kenapa encik cari perempuan sundal tu? Dia ada buat hal dengan encik ke? Saya Nampak encik ni macam orang baik-baik, mustahil pula perempuan macam Zinny tu ada kawan seperti encik ini.” Lelaki itu selamba memuntahkan kata-kata berbau hanyir.
“Apa maksud encik? Zinnirah tidak melakukan apa-apa, saya mahu berjumpa ayahnya sahaja. Itu tujuan saya ke sini. Terima kasih atas makluman tentang zinnirah sudah berpindah, yang lain itu saya tidak terima.” Terus dia mahu berlalu, hatinya sakit mendengar kata-kata nista daripada lelaki itu.

“Terpulanglah kalau encik tidak mahu percaya, saya jirannya, saya tahu dia bagaimana. Kupu-kupu malam sepertinya mana boleh hidup menetap, sentiasa dikejar polis. Sentiasa perlu berpindah.” Kata-kata lelaki itu menyerbu kasar pendengarannya, hatinya panas, sejurus itu dia beristighfar dan berlalu pergi.
Benarkah wanita yang dia lihat di Mekkah itu wanita kupu-kupu malam? Mengapa cahaya Izzah yang terpancar daripada wanita itu begitu menyilau? Dia bingung seketika, antara tidak percaya dan tertanya-tanya. Namun peristiwa itu tidak menghentikan hasratnya. Dia makin sering berdoa dan tekad, langkahnya ke masjid seperti selalu juga. Dia tanamkan harapannya di rendang pohon pengharapanNya.
Suatu pagi ketika pulang dari solat subuh di masjid, dia terlihat kelibat Zinnirah, seperti biasa berpurdah hitam, dia sangat pasti itu. Terus dia mengekori Zinnirah, ingin mengetahui di mana tempat tinggalnya. Dia tahu, Zinnirah sedar akan perlakuannya , dia dapat rasakan jelingan mata Zinnirah yang cuba melarikan diri daripadanya. Ketika dia cuba melintas jalan, kelibat ZInnirah sudah lesap, dia kesal sendiri. Menyumpah langkahnya yang lambat sambil berdoa agar esok dia bertemu lagi Zinnirah di masjid namun berminggu-minggu penantiannya sia-sia, kelibat Zinnirah tidak pernah kelihatan lagi.

“Abang, ini ada surat daripada kakak Zinnirah.” Seorang anak gadis, malu-malu menyuakan sepucuk sampul biru yang mencetuskan debaran kuat di dadanya. Paluan debaran itu menyebabkan dia tidak sabar untuk membongkar isi surat itu.
Bismillah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah.

Biarlah saya berterus terang melalui surat ini sahaja. Wahai pemuda, saya sudah dikhabarkan tentang hasratmu, namun saya harus nyatakan di sini, lupakanlah hasratmu itu, kuburkannya sedalam-dalamnya, kerana ia tidak mungkin akan berlaku. Saya tidak akan menerima mana-mana lamaran. Saya bukan seperti sangkaanmu, saya bukan wanita mulia, saya wanita tercemar yang tidak mungkin akan diterima masyarakat biarpun saya telah membasuh segala dosa-dosa saya dengan air mata nasuha, itu tidak mungkin akan mengubah pandangan mereka terhadap saya, malah ibu dan bapa saya sendiri tidak dapat menerima dosa-dosa yang saya pernah lakukan.

Mereka sudah membuang saya, seperti juga masyarakat di sekeliling saya. Saya juga tidak pasti andai taubat saya diterima Allah, kerana dosa saya terlalu banyak, buih-buih di lautan tidak mungkin bisa menjadi bandingannya. Saudara, ketika masyarakat menghukum saya atas dosa-dosa itu, saya mengharapkan pengampunan Allah masih terbuka luas, ketika mereka membuang saya daripada menjadi sebahagian daripada mereka, wanita-wanita kupu-kupu malam di lorong-lorong gelap itu yang memberi saya tempat untuk makan, minum dan tidur. Hanya di situlah saya diterima sebagai insan yang pernah melakukan dosa. Mereka menyayangi saya dan melayan saya dengan baik, biar hari-hari mereka bergelumang dosa, mereka tahankan telinga mendengar seruan saya agar mereka kembali ke pangkal jalan, biarpun tidak semua yang menerima seruan itu, mereka masih menganggap saya sebahagian daripada mereka. Mereka insan yang dipandang bergelumang dosa itu menerima saya berbanding manusia yang mengaku suci.

Biarpun buta mata ini kerana menangis, masyarakat tidak akan berhenti memalitkan perkataan ‘sundal’ pada diri ini. Ya, saya bukan wanita suci wahai saudaraku. Saya sedang dihukum dengan dosa-dosa lalu akibat jauh daripada pegangan agama dan terlalai dengan dunia. Saya redha dengan sakit ini, saya sabar menerima segalanya, inshaallah. Apa saya bisa lakukan jika manusia tidak dapat menerima lagi saya yang hina ini. Tidak hairanlah begitu ramai wanita yang senasib dengan saya, yang mahu kembali ke jalan Allah, namun kemudiannya kembali ke jalan noda, kerana masyarakat yang membuang mereka. Saya saban malam memohon kekuatan, moga Allah tidak tarik kembali hidayah ini, biarpun kaki saya setiap hari memijak lorong-lorong gelap itu dan dalam hati saya sentiasa berdoa agar Allah selamatkan semua wanita-wanita yang senasib dengan saya daripada kekejaman hukuman manusia yang mengaku suci.

Wahai pemuda, engkau kulihat golongan baik-baik, yang miliki prasangka yang baik pula terhadap orang lain, oleh kerana hatimu yang baik. Saya berani katakan, hanya wanita kurang akalnya sahaja yang akan menolak lamaranmu. Namun demi kemuliaanmu, saya dengan berat hati menolak lamaranmu, saya tidak mahu mencemarkan generasi suci dengan darah kotor dan hanyir milik insan seperti saya. Mengertilah wahai pemuda, saya bukan wanita mulia seperti sangkaanmu. Saya penghidap AIDS dan menghitung hari untuk bertemu Allah. Lupakan diriku kerana Allah, moga jika jodoh kita bukan di dunia, di akhirat kita akan bertemu, inshaallah.













Wanita kotor,
Zinnirah
Sayu dan pilu bersatu dalam sendu. Dia membaca berulang-ulang kali surat itu. Mahu sahaja dia menjerit pada seantero dunia, bahawa Allah itu Maha Pengampun biar sebesar mana dosa hambaNya, jadi mengapa kalian yang bergelar insan begitu bersikap angkuh, sewenang wenangnya mencanang kata-kata nista yang menghukum. Kesal dan kecewa bergumpal dalam jiwa. Dia mencari kembali kelibat gadis yang memberinya surat itu.
“Adik boleh abang bertanya. Di mana tempat kak Zinnirah tinggal sekarang?” wajah anak gadis itu serta merta berubah mendung, ada air mata tersisa.
“Abang, kak Zinnirah sudah pergi meniggalkan kita. Jenazahnya diuruskan pihak hospital kerana dia penghidap AIDS. Dia sudah disemadikan di kawasan berdekatan hospital keran tiada waris yang menuntut jenazahnya. Surat itu dia berikan pada saya ketika dia tenat di hospital dan pesannya berikan pada abang yang berjubah putih dan berserban biru.” 

Kata-kata gadis itu bagai halilintar, serasa hatinya hangus mendengar khabar itu.
Air mata lelakinya jatuh menyentuh dadanya. Subhanallah, kau wanita suci ZInnirah, di sisi Tuhan jika kau diampunkan ketika kau menangis di hadapan Kaabah. Kau suci daripada dosa, ketika kau redha dan bersabar dengan segala ujianNya, ketika kau menanggung sakit daripadaNya, ketika kau sabar menerima hukuman masyarakat yang mengaku suci , yang membuangmu. Sedangkan mereka yang mengaku suci itu belum tentu juga nasibnya bagaimana. Oh! manusia mana yang suci daripada dosa? dia beristighfar berkali-kali cuba menenangkan taufan dijiwanya. Mengertilah dia akan mimpinya selama ini. Tuhan temukan dia dengan Zinnirah biarpun hanya dalam mimpi. Zinnirah, di mataku kau tetap wanita mulia dan suci yang berjalan menuju Allah. Zinnirah, moga kau diampunkan olehNya, moga kau beroleh syurgaNya! Amin, thumma amin.


teruskan berjalan,melihat dan mentafsir..... :)

selawat.~

Wednesday, 4 April 2012

Bingkisan Hati....

salam.


Ya Rabbi,
Tunjukkan hamba-Mu lorong mana harus ku redahi
Ku pohon pilihan dengan ilmu dan kekuasaan-Mu Illahi
Pilihan Rabb bukan pilihan insani
Walaupun di sisi insan derita pasrah menanti
Tumbuhkan pucuk keyakinan untuk ku harungi
Tetap ku meredah lorong takdir Illahi
Andai ku cuak untuk melangkahkan kaki
Tuntunlah aku,doronglah diri yang hina ini
Titipkan aku kekuatan diri
Andainya ku takut tertusuk duri
Kirimkan aku tarbiyah hati
Agar ku kental dan gagah meredah lorong ini
Andai tiada siapa sudi menemani
Cukuplah Al-Hadi menemani diri
Sepanjang perjalanan ku tidak sendiri
Andai kegelapan menyelubungi
Kirimkan untukku nur menerangi
Menyuluh lorong untukku redahi
Andai si laknatullah berbisik minta ku serah diri
Hamparkan padaku keyakinan untukku majukan diri
Teguhkan pendirianku seumpama Sumaiyyah pertahan iman di hati
Ku ingin tersenyum biarpun tertusuk duri
Di hujung lorong bahagia menanti
Pilihan-Mu Illahi terbaik duniawi dan ukhrawi
Tiada ku sesal walau sekali
Ku yakin janji-Mu tidak ku mungkiri
Ya Rahman bahagiakan diri ini
Dengan pilihan yang kau beri
Bahagia hakiki di alam syurgawi...

semuanya dari berjalan,melihat dan mentafsir...

selawat.~

Kembara CINTA Agung.....

salam.


tidaklah aku mengetahui tentang mereka semua tetapi yang pasti aku mengagumi "kembara"nya mereka.... :)


kembara cinta Agung...
Jangan engkau hidup untuk memuaskan jiwa wahai manusia.engkau tidak akan dapat sempurnakannya malah engkau akan kecewa di hujungnya.

hiduplah untuk kebahagiaan diri sendiri dengan membangunkan sebuah cinta Agung, cinta itu hanya ada pada ALLAH dan RASUL...


sejarah Syeikh Abdul Qader Al-Jailani mencari cinta selama 20 tahun di dalam hutan sepi. Syeikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan istananya. Syeikh Baharuddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan salji yang menggigil. Syeikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang. Syeikh Hassan Asy-Syazili mencari cinta dalam mujahaddah syukur. Rabiah Al-Adawiyah mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda, berkelana,menyepi jauh di sudut masjid dan menulis kitab. Syeikh Junaidi Al-Baghdadi mencari cinta dengan sedekah, makan bersama kucing dan bertafakur sepanjang malam. Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi mencari cinta dengan menggerakkan dakwah di Nusantara. Syeikh Muhammad Al- Baghdadi mencari cinta dengan mengembara membawa risalah Islam di bumi yang ada penyembah berhala.


Para pengembara cinta ini melalui pelbagai jalan .merekalah pengembara CINTA yang benar,mereka hidup untuk CINTA dalam diri mereka,bukan mencari cinta sesiapa.


lalu,persoalannya bagaimana dengan kita?pernahkah tersirat di minda mahupun hati untuk mengikut jejak mereka dan Rasulullah sendiri apa yang ku lihat kini,manusia hanya sibuk mencari cinta sesama makhluk.hingga lalai dan lupa pada yang Azza Wa Jalla.namun lantaran sifat-Nya Yang Maha Pengasih dan Penyayang,DIA tetap melimpahkan rahmat-Nya untuk sekelian makhluk.

"sungguh benar kau ku cintai,tiada satu mahupun duanya...lautan api sanggup ku renangi demi cinta mu...!"...<------ alahai...ayat inilah yang banyak mencairkan remaja zaman sekarang hingga terjunam kekancah maksiat!menjahanamkan diri.lihatlah cinta yang kau raih....itulah cinta yang kau cari....cinta yang hanya demi melempiaskan nafsu serakahmu yang tiada sudahnya!!! jika kita yakin akan janji Allah,pastinya kita tidak akan menzalimi diri sendiri.


hidup kena sentiasa beringat...tak selamanya kita sihat...hidup...lapang...kaya..dan muda...




renungkan...


jangan seperti iblis,
hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam,
lihatlah di balik lumpur,
beratus-ratus ribu taman yang indah....


semuanya dari berjalan,melihat dan mentafsir.....


selawat.~

Tuesday, 3 April 2012

Dunia Oh Dunia...

salam.

Bumi,uzur benar sudah dikau....jika dulu persoalannya mampukah manusia bertahan dengan alam,sekarang ia terbalik.mampukah alam bertahan dengan kezaliman manusia?sana sini ku melihat, hutan ditebas dengan rakus hingga makhluk lain hilang habitatnya...jawapan manusia yang rakus: "kalau tak tebas hutan,dunia nak membangun macam mana?!"..hatiku panas mendengar manusia yang berbicara sebegitu.jika tak kerana kesabaran kutitip,pasti ku bidas balik.ingin saja ku berkata sebegini :"ini kerana kau hidup untuk dunia!bukan kerana Pencipta!bongok!"... alahai...lancangnya..jika ku kata begitu...astaghfirullahaladzim....mujur tak sempat dimuntahkan ayat kejam tu.hihi..ku tergelak sendiri...

bumi oh bumi...zalimkan manusia?kejamkan manusia?tapi tidak semua wahai makhluk Allah.ada juga yang punya hati nurani.mereka berfikir,beramal dan tidak lupa akan perjanjian yang "dulu" insyaallah...tapi tak ramai manusia yang menggunakan nikmat aqal dan berfikir dengan baik.bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal" - Surah Al-Imran:190

kesian...itu yang mula terpacul di pancaindera lisan bila melihat dunia yang dinodai dengan rakusnya..tiada apa mampu dibuat.hanya mampu berjalan di atasnya,melihat,dan mentafsir...ku berjalan di sirat dunia,setiap yang ada di hadapan mata menjadi jamahan penglihatanku..semuanya dihadam menjadi maklumat untuk ditafsir pada ruang minda...

dan pasti,segala ilham majazi ini akan termuntah di ruangan buatan yang juga majazi ini...

kadang-kadang aku terfikir,apakah manusia jua berfikir sepertiku?hurmm....lalu ku sendiri mendapat jawapannya...MANUSIA,MUNGKIN BERKONGSI WARNA MATA,TETAPI TIDAK WARNA HATI....lalu,sudah pasti setiap orang punyai cara berfikir sendiri.

dunia ini akan binasa, tetapi,mengapa manusia taksub mengejar dunia?sedangkan tahu bahawa akhirat itu yang abadi.duhai hamba Allah...janganlah engkau mengejar dunia,biarkan dunia yang mengejar engkau.jika dunia mengejar engkau,berhentilah sebentar,ambik sedikit bekalan di atasnya,dan teruskanlah perjalananmu ke destinasi yang dituju..yakni destinasi abadi.jangan lah engkau tertipu akan dunia..bahkan dunia ini adalah majazi.bahawasanya yang kekal hanyalah SATU yakni ALLAH Azza Wa Jalla.alam ini,bumi dan langit serta seisinya adalah "binaan" Allah.ilmu dan kekuasaannya yang sangat meliputi.tidakkah itu cukup untuk membuka mata kepala dan mata hati?bangunlah dari tidur yang panjang.jangan kita buta dalam melihat.


sesungguhnya aku juga berpesan kepada kalian dan juga diriku...aku juga hamba Allah...masa laluku juga kelam dan samar.alhamdulillah,terbuka pintu hati,Allah kurniakan hidayah dan taufiq untuk hamba yang sungguh jahil dan hina ini.agar tidak terus leka dalam arus dunia yang banyak pancaroba di akhir zaman ini...


semuanya dari berjalan. melihat dan mentafsir...



selawat.~
 

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Indah wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh... "

Hamba ingin menjadi pejuang
Yang menjunjung tinggi kemanusiaan
Menegakkan agama Allah
Kukuh hingga ke akhirat
Wanita juga mampu menyaingi
Yakni bila kau berbakti...
Itulah kekuatan dari Illahi.